LANTAI T. PINKIE

CINTA ANTARA MANUSIA TIDAK PERNAH MATI JIKA IA BENAR-BENAR JUJUR! BAGAIMANA PULA UNTUK MELIHAT KEJUJURAN ITU?

Monday, January 02, 2006

PENGENALAN


LANTAI T.Pinkie adalah sebuah karya besar tulisan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said yang diterbitkan dalam bentuk buku oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1996. Ia adalah sebuah nostalgia yang menyorot kisah lara dan cita-cita bangsa Melayu zaman selepas perang.
Datuk A.Samad atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Samad adalah sasterawan Malaysia yang tidak pernah mengenal kenal penat sejak lebih 40 tahun bergelumang dalam dunia penulisan. Karya-karyanya adalah yang terulung di negara ini. Lihat sajalah novel Salina yang ditulisnya pada 1960-an yang dianggap oleh pengkaji Barat seperti Prof. A.Teaw sebagai karya mendahului zaman. Begitu juga karya lainnya seperti Wira Bukit, Di Mana Bulan Selalu Retak, Warkah Dari Eropah, Lazari Meon, Sungai Mengalir Lesu, Hujan Pagi dan terbaru al-Amin yang mengisah kisah hidup junjungan kita Rasulullah s.a.w.
Versatiliti sasterawan A.Samad dapat dilihat daripada pengalamannya dalam pelbagai bentuk kesusasteraan dimulai dengan puisi dan cerpen, selepas itu meningkat kepada penulisan novel, drama dan kritik sastera. Pencapaian dan sumbangan beliau dalam memperkaya dan meninggikan nilai kesusasteraan telah mendapat penghargaan kerajaan apabila pada 29 Mei 1976 bersama beberapa pengarang lain beliau telah diiktiraf sebagai Pejuang Sastera. Pada 1979 turut memberi erti kepada beliau apabila memenangi Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award). Pada 1985 terpilih menerima Hadiah Sastera Negara yang membawa gelaran Sasterawan Negara.
Justeru, pementasan semula Lantai T.Pinkie adalah sebagai usaha untuk mengingati dan menghargai segala budi A.Samad yang tertumpah di bumi ini demi memartabatkan sastera dan bahasa Melayu. Ini kerana Lantai T.Pinkie seperti kehidupan watak-wataknya adalah manusia sengsara akibat keadaan.




0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home