LANTAI T. PINKIE

CINTA ANTARA MANUSIA TIDAK PERNAH MATI JIKA IA BENAR-BENAR JUJUR! BAGAIMANA PULA UNTUK MELIHAT KEJUJURAN ITU?

Monday, February 13, 2006

PINKIE & PGL

TIARA Jacquelina saya kenali sejak 12 tahun lalu. Kawan lama itu semakin rapat apabila saya tawarkan berlakon teater terbitan saya. Pada Mac 1996 Tiara pernah menjadi bualan hebat pencinta dan peminat teater apabila melakonkan watak T.Pinkie dalam teater Lantai T.Pinkie karya Pak Samad dengan berkesan sekali. Pinkie-Mania melanda Kuala Lumpur. Pak Samad naik LRT pun dipanggil dengan nama Pinkie.
Akibat `mania' itu, dan dewan MATIC, Ampang melimpah-ruah, pada Mei 1996 kami pentaskan sekali lagi Lantai T.Pinkie. Tiara tetap menjadi Pinkie. Dewan tetap penuh meskipun pada waktu itu tiket berharga RM40 dianggap mahal. Tak ada ruang yang kosong. Yang tak dapat masuk, mengamuk di luar; nak buat macam mana.
Tiara kini teraju Puteri Gunung Ledang; sekali lagi mewujudkan `mania'. Memang PGL hebat kerana Tiara; dia wanita yang cukup besar cita-citanya (masih ingat bagaimana saya mengejar Tiara selama hampir setahun untuk memujuk dia berlakon sebagai T.Pinkie. Dia takut kerana harus bermonolog panjang dan berada di pentas lebih tiga jam. Akhirnya, selepas lama mengejar dan dia juga selamat melahirkan puteri sulungnya, dia bersetuju meskipun tubuhnya selalu bergetar.) PGL adalah catatan besar dalam dunia teater nasional. Apa pun pendapat yang diluahkan, bagi saya PGL telah meletakkan asas yang kukuh bahawa penerbitan tempatan mampu setaraf antarabangsa jika diberi peluang (tentunya dibaca peluang yang berbentuk material kerana segalanya berpunca dari RM).
Nah, PGL sudah sihat sejahtera. Kini Muzikal Lantai T.Pinkie akan menyusul. Apakah LTP akan memperolehi nasib segemilang PGL, tanya ramai kawan-kawan? Bagaimana untuk saya menjawabnya ya? Begini, soal gemilang atau hebat dengan tepukan memang idaman semua manusia yang terlibat dalam apa-apa bidang juga. Namun, terkadang halangan yang mendatang tidak kita ketahui; tetapi saya tidak mahu membacanya sebagai alasan. Cuma, kami di PPWM yang boleh katakan ialah LTP tidak akan mengecewakan.
Apakah Nasha akan memukau peminat teater ketika menari di Istana Budaya?
Jawapannya: kita tunggu kerana itu langkah pertama Nasha.

0 Comments:

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home