LANTAI T. PINKIE

CINTA ANTARA MANUSIA TIDAK PERNAH MATI JIKA IA BENAR-BENAR JUJUR! BAGAIMANA PULA UNTUK MELIHAT KEJUJURAN ITU?

Wednesday, April 12, 2006

BIODATA PENGARAH


ROSMINAH MOHD. TAHIR
(Pengolah Skrip & Pengarah)

Sejak kecil Rosminah gemar mendengar radio. Saban hari rancangan Bangsawan di Udara, Drama dalam Syair, Sandiwara dan Pentas Radio terbitan radio Televisen Singapaura (RTS) menjadi haluan telinganya. Secara tidak sengaja, kegemaran itu menumbuhkan minat remajanya untuk menulis dan menjadi dramatis. Karya pertamanya berjudul “Nenek” tersiar di RST. Ganjaran yang diterima walau pun kecil bergitu menyoronokan hingga mendorongnya untuk terus menulis tidak mengira genre disamping bergiat cergas dalam seni persembahan melalui aktiviti sekolah dan persatuan di daerah kelahiranya Muar, Johor.
Hingga tamat pengajian sarjana diUSM dalam bidang teater, beliau telah menulis drama pentas dan radio selain cerpen, puisi dan artikel. Antara karya pentasnya ialah Dadah (1983), Pahlawan (1987), Nostalgia(1990) Merdeka(1990) Sang Singa (1990) dan Api (1991) Drama radio siaran RTM RTS dan Radio Malaysia Pulau Pinang (1970-1992) adalah Adik Ku Sayang, Nenek, Penyambung kasih, Kabut pun berlalu, Laungan Keramat, Terima kasih Cikgu, Nasi Lemak Sebungkus, Di Alun Gelombang, Dusun Tok Ayah dan Saat Terakhir. Diikuti drama Pentas Satu (1993), Gadis Melayu (1994), Seru dan Syukur(1998), Tanjong JOget(1999) dan Masuri(2000). Manakala skrip monodrama yang dihasilkan ialah Alim (2003) dan Kopi Pangku (2005).
Allahyarham Datin Seri Endon Mahmud, Penaung PPPWM adalah insan yang banyak mendorong dan memberi motivasi secara langsung dan tidak langsung kepada beliau untuk berkarya. Hubungan beliau dengan Datin Seri amat akrab melalui kegiatan seni terutama teater dan puisi. Puisi ciptaan beliau ‘Kota Kasih Mahkota Hati” merupakan puisi yang membawa Datin Endon Mahmud buat pertama kalinya mendeklamasikaan puisi kepada khalayak. Puisinya “Hakikat Damai” menjadi puisi terakhir yang sempat disampaikan oleh Datin Seri.
Melalui Group seni Utusan dan Persatuan penulis Wanita Malaysia, Teater Anugerah (1996) menjadi titik tolak beliau menulis drama pentas secara lebih kormesial dan mencipta sejarah apabila ia tertulis berdasarkan novel tertebal di Malaysia karya penulis terkenal Zaharah Nawawi. Menyusul kemudian pementasan Lantai T.Pinkie (1997) karya Dato A.Samad Said sebagai teater pertama bertiket paling mahal ketika itu dan auditorium dipenuhi penonton setiap kali show. Kedua-dua pementasan ini kemudianya diulang pentas pada tahun 2000, 2001 dan 2002.
Beliau juga mengarah dan menulis semula skrip Malam Haram, ilham Dato’ Zainuddin Maidin karya Ku Seman Ku Husein dan bangsawan Tengku Anum karya asal Morad Ibrahim. Manakala Teater Puteri Hang Lipo arahan beliau di Istana Budaya telah menjadi box-office dengan berjaya menggamit penonton berbilang kaum dan dipentaskan diberapa buah negeri di Malaysia. Teater ini mencatat sejarah apabila seramai 3,000 orang pelbagai kaum membanjiri Stadium Tertutup Sarawak di setiap malam persembahan.
Lain-lain teater arahan beliau iala Cucu(1995), A modern Women(1996 di bawa ke Festival Teater Eksperimental di Cairo) Cik Ros(1999) Raden Galoh (2000) Medea(2000) Monodrama Alim(2003) dan Kopi Pangku(2005). Beliau kini merupakan Ketua Jabatan Teater Akademi Seni Kebangsaan (ASK) dan Naib Presiden PPWM.


1 Comments:

  • At Tuesday, April 25, 2006 8:25:00 AM, Anonymous Anak Murid Tadika Bkt Pasir said…

    Cikgu Ros ni org Kampung saya. Dulu sekitar awal 80an pernah ngajar saya kat tadika sek Bkt Pasir Muar. Banyak jasanya pada saya dan kawan-kawan sbb dia jd org pertama mengajar kami menulis, melukis dan mengira. Semoga pementasan T Pinkie sukses.Terima kasih Cikgu!

     

Post a Comment

Links to this post:

Create a Link

<< Home