LANTAI T. PINKIE

CINTA ANTARA MANUSIA TIDAK PERNAH MATI JIKA IA BENAR-BENAR JUJUR! BAGAIMANA PULA UNTUK MELIHAT KEJUJURAN ITU?

Monday, April 24, 2006

MENGENALI `SI GUNJOLOH'!



AZHAN ABD. RANI - Penolong Pengarah @ Gunjoloh / Assistant Director @ Gunjoloh)
Pensyarah sambilan Program Teater, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik UITM ini mendapat pendidikan menengah di Sungai Buloh dan Kuala Kubu Bharu, Selangor. Anak Kelahiran Tanjung Karang, Selangor ini kemudiannya melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Seni Malaysia (ISTM), Melaka dari tahun 1996-1999, kemudian menyambung pengajian di Fakulti Seni Gunaaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS) dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda (Kepujiaan) Drama dan Teater. Beliau kini masih melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara kecemerlangan beliau dalam bidang teater ialah pernah menerima anugerah Pelakon Terbaik Peringkat Zon Tengah dan kebangsan Pertandingan Drama Sekolah-Sekolah Malaysia dalam teater Terjerat arah Mazlan Tahir (1994).mSTM) mlajaranan) Drama dan Teater. dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS) dengan mengambil I
Pernah menjadi Penolong Pengarah teater bangsawan Tengku Anum selain bertindak sebagai Pengurus Pentas bagi Pementasan Muzikal menerusi program Diploma Showcase 2004 menerusi Tinggi-tinggi Si Matahari selain memainkan watak Fakar dalam pementasan Salina di bawah arahan Mazlan Tahir pada Mac 2005. Beliau juga mengarah teater Alang Retak Seribu karya Seniman Negara, Datuk Syed Alwi pada April 2006.

This part-time lecturer for Theater Progam, Faculty of Creative & Artistic Technology of UiTM got his secondary school education in Sungai Buloh and Kuala Kubu Bahru, Selangor. This Tanjong Karang-born gentleman then furthered his studies in Istitut Teknologi Seni Malaysia (ISTM) in Melaka from 1996-1999 thereupon, he continued his studies in Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) by pursuing a degree in Bachelor of Arts (Hons) Drama and Theater. Currently, he is still in pursuit of his Masters Degree in Universiti Kebangsaan Malaysia. Among his achievements in the theatrical field was, he was the recipient of the Best Actor award in Central Zone and National Level in Malaysia Inter-School Drama Competition with the theater, Terjerat, directed by Mazlan Tahir (1994).
He was the assistant director for the theater Bangsawan Tengku Anum, he also acted as the stage manager for the staging of musical through Diploma Showcase 2004 program in the show Tinggi-tinggi Si Matahari. Besides that, he also took the role as Fakar in the staging if Salina, directed by Mazlan Tahir in May 2005. He also directed the theater Alang Retak Seribu by Datuk Syed Alwi in April 2006.

3 Comments:

  • At Wednesday, April 26, 2006 2:32:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    Harga tiket teater Lantai T Pinkie agak mengelirukan pelanggan terutamanya pada website dan juga poster yg ditampal di Istana Budaya sendiri. Saya dan kawan-kawan saya tertipu kerana menyangkan tiket-tiketnya pada harga rm20,30... dan boleh mendapat diskaun untuk pelajar seperti yg dilaporkan di poster. Tapi lain pula jadinya apabila kami beli dengan harga lain di kaunter tersebut dan tanpa diskaun. Sila ambil berat akan kenyataan harga yang senang-senang saja ditukar! Sebagai pelanggan, saya berasa amat marah dan tertipu!
    Sila buat kajian semula..Kami bukan tidak mampu untuk bayar lebih, cuma tidak mahu ada percanggahan pada harga!

     
  • At Sunday, April 30, 2006 12:27:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    DARI PENGURUSAN LTP;
    Pertamanya kami minta maaf tentang kekeliruan yang timbul. Harga tiket seperti yang disebutkan adalah Rm20, Rm30, Rm 40, RM50, Rm70. Tentang diskaun itu memang diberikan kepada pelajar tetapi mereka haruslah datang dalam kumpulan yang melebihi 20-30 orang. Sesungguhnya, kekeliruan itu tidak disengajakan. Kami akan mengambil perhatian serius terhadap teguran ini supaya ia tidak akan berulang lagi. Bagaimanapun, kami berharap saudara akan terus menyokong pementasan teater dari semasa ke semasa.

     
  • At Wednesday, January 23, 2008 3:28:00 PM, Anonymous Anonymous said…

    bukan kah azhan rani seorang pelakon?pelik tiada fans club atau apa apa maklumat tentang dia

     

Post a Comment

<< Home