LANTAI T. PINKIE

CINTA ANTARA MANUSIA TIDAK PERNAH MATI JIKA IA BENAR-BENAR JUJUR! BAGAIMANA PULA UNTUK MELIHAT KEJUJURAN ITU?

Monday, September 11, 2006

PELAKON









ARTIKEL



UTUSAN MALAYSIA, 11 SEPT


Muzikal Lantai T.Pinkie temui peminat di Perak
Oleh ANI AWANG
DARI kiri Tania Zainal, Zuhairi Ibrahim, Vanida Imran, A. Samad Said, Rosminah Tahir, Habsah Nordin, Khatijah Tan dan Jalaluddin Hassan.

TEATER muzikal Lantai T.Pinkie karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said bakal menemui khalayak dari 15 hingga 17 September ini di Taman Seni Budaya, Ipoh, Perak.
Ini merupakan pementasan kelima Lantai T.Pinkie selepas pementasan di Kuala Lumpur pada 28 April hingga 7 Mei lalu. Pementasan pertama naskhah itu adalah pada tahun 1997.
Teater arahan Rosminah Mohd. Tahir itu dipentaskan di luar ibu kota sebagai memenuhi permintaan peminat teater di Perak yang ingin menghayati dan menyelami makna kemanusiaan dalam drama karya A. Samad Said itu.
A. Samad terkenal dengan karya-karya yang berunsur humanism dan penuh dengan konflik.
Teater yang berdiri atas realiti zaman muda A. Samad pada era 1950-an itu adalah sebahagian daripada zaman yang penuh dengan pahit dan getir.
Menurut Rosminah, latihan teater itu sedang giat dijalankan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Malaysia (ASWARA) sejak 15 Ogos lalu.
“Para pelakon yang terlibat dalam persembahan lalu tidak menghadapi masalah untuk mengikuti latihan kerana mereka sudah biasa dengan lakonan masing-masing.
“Bagaimanapun, saya menawarkan watak T.Pinkie kepada Vanida Imran. Sebelum ini dalam teater muzikal, watak T. Pinkie dilakonkan oleh Nasha Aziz.
“Khatijah Tan pula ditawarkan watak Nyai Sunarti yang sebelumnya dipegang oleh Azizah Mahzan,” kata Rosminah pada sidang media Teater Lantai T.Pinkie di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Teater muzikal itu menggabungkan nyanyian, lakonan dan seni tari joget.
T.Pinkie merupakan kisah hidup lara perempuan joget di Singapura pada tahun 1950-an selepas Perang Dunia Kedua. Kehidupan mereka penuh lara kerana terpaksa melayani lelaki yang berkunjung ke kelab malam. Mereka bercakap tentang cinta, kasih sayang dan kehidupan tetapi tidak banyak yang dapat dilakukan pada zaman penuh air mata itu.
T.Pinkie ialah nama perempuan joget yang paling terkenal dengan kecantikannya di kelab Bunga Joget Moden. Dia sering menjadi buruan lelaki termasuk pemain akordian, Muhairi Tirus dan samseng bernama Gunjoloh.
Watak-watak lain dalam teater itu ialah Nyai Sunarti, Siti Udaya, Puteh Su dan Jongkidin.
Percuma
Rosminah berkata, pihaknya mementaskan teater itu di Perak kerana kerajaan negeri itu bersedia untuk menaja pementasan secara percuma.
Vanida Imran ketika ditemui melahirkan rasa gembira kerana diberikan watak T.Pinkie.
“Sebelum ini saya melakonkan watak Musalmah. Sebenarnya saya memang inginkan watak T. Pinkie dan akhirnya peluang itu datang kepada saya.
“Saya akan cuba membawa watak itu sebaik mungkin seperti mana pelakon-pelakon sebelum ini Tiara Jacquelina, Juhara Ayob dan Nasha Aziz,” tambahnya yang baru berlakon teater Wangi Jadi Saksi di DBP Kuala Lumpur baru-baru ini.
Jalaluddin Hassan pula berkata, dia telah memahami watak yang diberikan kepadanya. Ini memberikan keyakinan untuknya membuat yang terbaik pada pementasan kali ini.
“Saya memahami naskhah ini dan ia merupakan naskhah yang begitu menarik. Saya akan gunakan peluang ini untuk melakonkan sebaik mungkin watak itu,” katanya.
Penulis naskhah itu, A. Samad Said berterima kasih kerana Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dapat meneruskan pementasan di luar ibu kota.
“Pementasan di Ipoh akan memberi peluang kepada khalayak untuk memahami dan menghayati dunia joget pada zaman Jepun.
“Saya hidup pada masa itu dan saya menulis cerita mengenai bangsa kita pada zaman itu,” katanya.
Kata A. Samad, zaman perang itu merubah pemikiran dan kehidupan orang Melayu yang damai, tenteram dan statik kepada kejutan psikologi sehingga mereka tidak memiliki arah dan cita-cita.
Barisan pelakon yang menjayakan Lantai T.Pinkie ialah Vanida Imran (T.Pinkie), Mohd. Zuhairi Ibrahim (Muhairi), Mazlan Tahir (Muhairi Tirus Tua), Khatijah Tan (Nyai Sunarti Renko), Jalaluddin Hassan (Jongkidin Jaroi), Soong Ai Ling (Puteh Su Abdullah), Tania Zainal (Siti Udaya), Juhara Ayob (Musalmah Jiing), Zaifri Husin (S. Diman Lupti) dan Safura Yacob (Penyanyi).
Untuk maklumat lanjut mengenai pementasan itu sila hubungi Jabatan Kebudayaan Kesenian dan Warisan di Ipoh di talian 05-2537001 dan 05-2544635.

Tuesday, August 29, 2006

PUBLISITI PINKIE - PERAK

Saturday, August 05, 2006

BERITA TERBARU!

SETELAH MENYEPI AGAK LAMA DI SINI KAMI MEMBAWA KHABAR GEMBIRA UNTUK PEMINAT LANTAI T.PINKIE. PERSEMBAHAN TEATER MUZIKAL LANTAI T.PINKIE YANG DIRANCANG PEMENTASANNYA PADA 11-13 OGOS INI DITUNDA KEPADA 15-17 SEPTEMBER 2006 DI TAMAN SENI BUDAYA, IPOH, PERAK.
KAMI MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN NEGERI PERAK; JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN PERAK SERTA PEJABAT YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG MEMBERI SOKONGAN KUAT MENJAYAKAN PEMENTASAN INI.

Thursday, June 01, 2006

PINKIE DATANG KE PERAK!

CATATAN GAMBAR-3

CATATAN GAMBAR -2

CATATAN-1

Wednesday, May 31, 2006

DARI UTUSAN, 30 MEI 2006


Lantai T.Pinkie
disiarkan di TV1 pada 11 Jun ini
Oleh KHADIJAH IBRAHIM

SAMBUTAN hebat yang diberikan terhadap teater muzikal Lantai T.Pinkie yang dipentaskan di Istana Budaya baru-baru ini mendorong Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan Citra Production untuk membawa pementasan tersebut kepada khalayak yang lebih besar.
Pada 11 dan 12 Jun ini, Lantai T. Pinkie akan disiarkan menerusi TV1 RTM selama dua malam berturut-turut. Siaran akan bermula pukul 9 malam.
“Ini bermakna para peminat teater yang tidak berkesempatan menyaksikan muzikal Lantai T.Pinkie di Istana Budaya pada 28 April hingga 7 Mei lalu akan berkesempatan menyaksikan teater arahan Rosminah Tahir itu melalui TV1 di RTM.
“Mereka juga tentu dapat menyaksikan sendiri penampilan istimewa beberapa pelakon utamanya seperti Nasha Aziz, Zuhairi Ibrahim, Jalaluddin Hassan, Vanidah Imran, Soong Ai Ling, Abby Abadi, Azizah Mahzan dan Zaifri Husin. Mereka dibantu oleh penari Dua Space Dance Theatre dan Istana Budaya,’’ kata penerbit produksi itu, Siti Rohayah Attan.
Sebelum ini, program yang dikenali Di Sebalik Tabir Lantai T.Pinkie telah disiarkan pukul 9 malam di TV1 RTM pada 28 Mei lalu yang mana ia menyajikan proses pementasan itu dan pandangan mereka yang terlibat.
Selain itu, Siti Rohayah memberitahu, teater yang diadaptasi daripada karya Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said itu dijangka menemui peminat-peminat lakonan pentas di Perak, Pahang, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Menurut Siti Rohayah, pementasan itu diadakan sempena sambutan Hari Wanita yang bakal disambut pada 25 Ogos akan datang.
“Kami akan memulakan tour di Perak pada 11 hingga 13 Ogos ini. Pementasan akan diadakan di Taman Seni Budaya, Perak. Di setiap negeri yang kami singgah sekurang-kurangnya akan diadakan empat pementasan,’’ kata Siti Rohayah ketika ditemui pada majlis terima kasih sempena pementasan teater Lantai T.Pinkie di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurutnya, teater arahan Rosminah Tahir itu juga akan menemui peminat-peminat di Dewan Seri Pinang, Pulau Pinang, Taman Seni Budaya, Pahang dan Matic atau DBKL, Kuala Lumpur.
Tegas Siti Rohayah, pihaknya tidak bercadang untuk menukar barisan pelakon yang sedia ada. Bagaimanapun, perancangan itu bergantung kepada komitmen para pelakon itu sendiri.
Selain pementasan, pihaknya juga akan mengadakan bengkel penulisan dan seminar bersama para pelakon di setiap negeri yang disinggahi.
Selain pementasan bergerak di beberapa negeri, Lantai T.Pinkie juga akan diangkat menjadi filem komersial.
Jelas Siti Rohayah, rancangan untuk menjadikan teater tersebut sebagai filem sudah lama tercetus. Cuma beliau tidak mahu perkara itu dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa.
“Untuk membawa Lantai T.Pinkie ke layar perak, kami perlu berbincang dengan Pak Samad sebab ada kemungkinan skrip untuk filem memerlukan rombakan,’’ jelasnya.
Menyentuh mengenai pementasan Lantai T.Pinkie yang berlangsung pada 28 April hingga 7 Mei lalu di Istana Budaya, Siti Rohayah berkata, teater yang menelan belanja hampir RM700,000 itu hanya mendapat keuntungan bersih sebanyak RM200,000.
Katanya, biarpun keuntungan yang diperoleh tidak seberapa namun produksi itu tetap menyalurkan keuntungan tersebut kepada Rumah Tahfiz, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.
Sementara itu, Pak Samad yang turut hadir pada majlis itu secara terus terang berkata dia tidak sangka ‘nyawa’ Lantai T.Pinkie masih panjang.
Kata Pak Samad, tanpa pimpinan padu daripada Rosminah Tahir tidak mungkin naskhahnya itu mampu menjadi tarikan.
“Tanpa Rosminah, tidak mungkin drama ini dapat disajikan dalam bentuk teater muzikal. Karya asal banyak bergantung kepada skrip dan dialog. Sementara muzikal pula mempunyai lidah yang lain dan mempunyai tarikan tersendiri. Malah teater muzikal ini juga mampu memberi rezeki pada anak seni lain,’’ kata Pak Samad yang menganggap seni sebagai jambatan luar biasa untuk menembusi hati penonton.

Monday, May 29, 2006

FROM SHANON SHAH - KAKI SENI



Can Nasha Aziz’s backside really cause traffic accidents?
And can “Lantai T. Pinkie” prevent them?
By Shanon Shah 22-05-2006
In keeping with the level of official discourse on the arts in this country, the bureaucratic gaze of our guardians recently fixed itself upon the backside of Nasha Aziz. Apparently, municipal officials deemed that public display of Lantai T. Pinkie’s poster, featuring the kebaya-clad derriere of Nasha, who plays the title role, would cause traffic accidents.
Tokyo had Godzilla. KL has Nasha Aziz. (Nashilla?) Anyway, Malaysia boleh, beb. Dasar pandang ke timur!
In case it isn’t clear already, let me say that I thus went to watch this most recent adaptation of A. Samad Said’s Lantai T. Pinkie (28 Apr – 7 May 2006, Istana Budaya) with a somewhat heightened sense of indignation. I wanted it to be good.
The original play is said to have captured the spirit and nuances of Malaya in the 1950s, and this restaging of the musical adaptation by Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan CTRA Productions is meant to be a show of gratitude to the ongoing artistic endeavours of its author. Pinkie portrays the lives of women joget dancers in Singapore after World War II. (The synopsis in the programme notes makes them sound like the 50s Malay equivalent of geisha.) T. Pinkie, the title character, is apparently the most beautiful of the dancers in her joget club, the Bunga Joget Moden. She is the object of fancy of two men – the good guy Muhairi, one of the club’s musicians, and the bad (and I mean really bad) guy, Gunjoloh, one of the club’s patrons. As the play unfolds, we witness the lives of the other characters as well – Nyai Sunarti, one of the more experienced joget dancers, Puteh Su Abdullah, the virginal Chinese migrant convert to Islam who relentlessly pursues Jongkidin Jaroi, a retired sailor. Eventually, Pinkie marries Gunjoloh under duress. She has a child with him, tries to escape but is found out by Gunjoloh and gets thrown out by him instead. Gunjoloh tries to track her down to make life miserable for her, but Pinkie manages to find Muhairi again and escapes with him to Sarawak.
The plot contained all the ingredients for a promising piece of musical theatre. And yet, sadly, it didn’t work for me.
It may be just me, but I found the musical arrangement, by Pak Ngah, highly cheesy and sterile. It made the songs sound like a montage of 80s RTM patriotic song. Which is fine if you like that sort of thing. I mean I really wouldn’t have minded a cheesy musical arrangement for the right cheese could have been a great way to capture the era. But instead, in addition to the sterile musical numbers, there was also some very “drama” musical accompaniment to many of the supposedly intimate dialogue and monologue scenes, effectively sapping the dramatic tension out of these scenes. And to top it all off, a majority of the musical numbers featured pre-recorded singing, which is something that severely compromises the potential of any live performance.
The script, adapted by director Rosminah Tahir from Pak Samad’s play of the same name, was also overlong. Several scenes and monologues could have been cut down to a quarter of their original length, or thrown out altogether, and the story would have flowed better. The clumsy direction also resulted in some unintended comedy of Ed Wood-ian proportions during the final scenes, which were supposed to be suspenseful (Pinkie and Muhairi’s escape) and tragic (the war befalling Sarawak), but instead looked like a scene from Lang Buana.
But enough about what didn’t work. Strangely, there were actually several things about Lantai T. Pinkie that did work, albeit not enough to save the entire production. The costumes and the set were just delicious. Usually, I won’t like sets that are too literal or costumes that look like they fell off a pageant – these are usually the result of a lack of appreciation for what is truly theatrical. However, in this case, the detail in the set and the pageantry of the costumes – especially the kebayas – actually helped to recreate not only the sensuality but also the bruised optimism of the era.
Also, in his many works, Pak Samad has created some very complex and intriguing characters. Pinkie and Nyai Sunarti are perfect examples of this. Nasha Aziz usually gets a lot of flak, but seeing her act for the first time, I’m convinced that she didn’t do a shabby job at all. Granted, she wasn’t really given much to do; Pinkie is definitely a complex character, but I felt she was a tad underwritten compared to the showier Nyai Sunarti.
However, there were flashes of depth and meaning in Nasha’s characterisation of Pinkie. For example, in one scene she complains to Muhairi that Gunjoloh keeps sexually harassing her. Muhairi places the blame on Pinkie’s buxom behind. With a backside like that, Muhairi asks, how could she not expect to be harassed? Instead of flying into a rage, Nasha chose to make Pinkie’s response a mixture of disappointment, disgust and incredulity: “Kau ingin memandang wanita seperti mereka?” (“You want to view women like they do [in reference to Gunjoloh and his cronies]?”)
The very watchable Azizah Mahzan’s portrayal of Nyai Sunarti was quite riveting. Initially exploding onstage like a Javanese Mae West, Azizah eventually showed us Sunarti’s precarious emotions when talking about her colonialist dream guy, Tuan De La Rosa. Sunarti certainly complicated perceptions of women’s experiences of colonialism. Nationalist and anti-colonialist movements often recruit women in the larger struggle against colonial powers. Whether in Mindanao or Aceh, women are encouraged to take up arms against colonial oppressors. But what of gender inequality within these nationalist struggles? Women in Mindanao might actively participate in guerilla warfare, but they are still denied full and equal rights within marriage and within the home, and are ostracised if they do not fit into nationalist ideals of femininity.
Nyai Sunarti is a perfect example of someone who falls out of nationalistic constructions of femininity. A Javanese migrant to Singapore, she is vulnerable in both the financial and social sense. She is neither rich nor does she have the approval of ‘polite’ society as a joget dancer. So, she hangs on and obsesses over the only validating relationship she has. She rationalises, “Tuan De La Rosa memang dianggap penjajah, tetapi untuk aku dia itu seorang penjajah yang baik.” (“It’s true, people regard Master De La Rosa as a colonialist, but to me he is a kind colonialist.”)
It is these layers in the characters of Pinkie and Nyai Sunarti that kept me in my seat until the end of the play. For example, there was a touching scene in which Pinkie and Nyai Sunarti confide in each other. Pinkie starts by expressing her indignation at being sexually harassed by Gunjoloh. Nyai Sunarti, missing Tuan De La Rosa, tells Pinkie not to give up hope on all men. “There are men whose love for us, Pinkie, is for who we truly are, and not an expression of their lust.” Incredulous, Pinkie asks, “Do such men really exist?”
And guess what? This question begs an indignant response indeed: how else are we supposed to feel when the stupidity of some of our public officials and opinion leaders appears to validate Pinkie’s incredulity towards men? I’m not just talking about the reaction toward Lantai T. Pinkie’s poster. I’m also talking about people who accuse divorced women for being “horny”, or people who tell women that if they get raped they should just “sit back and enjoy it”, or people who say that employment opportunities should only be extended to “ugly” women. The list goes on and on. And these are all indicators of a truly lamentable state of affairs in this country, in which people do not know they are being sexist when they are being sexist.
But this is why I think the people behind this production actually do have a reason to push the envelope further. Besides, it’s a commendable team of people anyway, especially the Persatuan Penulis Wanita Malaysia, which actually tries to promote women writers and their works. It’s just that the entire musical needs to be readapted to focus mainly on T. Pinkie and Nyai Sunarti and their relationship with each other. There is enough of a coherent story – not to mention gender and political analysis – here for a full-length musical. A more intelligent musical arrangement and live singing wouldn’t hurt, either. And, just for kicks, how about creating some protest posters of a fifty-foot Pinkie climbing up the Twin Towers, wielding her stiletto heel against all who dare to criticise her butt?

Shanon Shah is a singer-songwriter with an album, Dilanda Cinta

LTP- DI TV1 RTM


BERITA menarik kepada peminat teater Muzikal Lantai T Pinkie yang tidak berkesempatan menonton sendiri di Istana Budaya pada 28 April - 7 Mei lalu. Mereka boleh menonton teater tersebut di TV1, RTM pada 11 Jun dan 12 Jun '06 pukul 9 malam. Jangan lupa saksikan!

BERITA HARIAN , 26 MEI '06










Ada usaha untuk membawa pementasan ke beberapa negeri mulai Ogos sempena Hari Wanita

Nyawa’ T Pinkie Panjang
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
BIARPUN menerima pelbagai reaksi, namun pementasan teater muzikal, Lantai T Pinkie yang dipentaskan di Istana Budaya dari 28 April hingga 7 Mei lalu meninggalkan kenangan manis kepada warga produksi yang menjayakannya.
Muzikal Lantai T Pinkie diangkat daripada karya besar Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said atau Pak Samad yang dibukukan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dipentaskan buat kali pertama pada 1996. Hingga ini, kehebatan naskhah itu masih diperkatakan malah sering kali dijadikan subjek perbincangan, forum dan wacana serta tesis intelektual dalam mengkaji kehidupan dekad 50-an.
“Sesuatu yang tidak terduga apabila Lantai T Pinkie mempunyai nyawa yang agak panjang. Saya tidak akan lupa kepada pengarah teater muzikal, Rosminah Tahir yang meyakinkan usaha ini kerana tanpanya agak sulit untuk direalisasikan,” kata Pak Samad ketika ditemui pada Majlis Terima Kasih Lantai T Pinkie, baru-baru ini.
Menurut Pak Samad, ketika diminta penerbit, Siti Rohaya Attan untuk mengolah skrip pementasan itu kepada teater muzikal dia sedikit ragu untuk melakukannya memandangkan bahasa genre itu agak berbeza.
“Ia di luar ‘kepintaran’ saya dan memberitahu Rohaya supaya mendapatkan penulis lain untuk mengolah skrip itu. Lantai T Pinkie yang asli bergantung kepada kekuatan skrip dan dialog tetapi apabila dipersembahkan dalam bentuk muzikal, ia mempunyai ‘lidah’ yang lain.
“Namun saya berterima kasih kerana banyak unsur dan sumbangan individu berwibawa yang lain untuk membawa muzikal Lantai T Pinkie menjadi sebuah pementasan yang menarik,” katanya.
Sehubungan itu, kata Pak Samad, dia tidak mahu Lantai T Pinkie hanya dilihat sebagai sebuah persembahan teater semata-mata. Sebaliknya, berharap seluruh kepintaran yang ada dalam pementasan itu dimanfaatkan oleh individu yang meminati seni.
“Seni adalah jambatan luar biasa yang masuk ke dalam diri individu lalu menjadikan hidup ini lebih indah kerana Lantai T Pinkie mempunyai larik yang munasabah,” katanya.
Lantai T Pinkie juga katanya, adalah rakaman peristiwa yang menghimpunkan cerita sedih dan gembira. Drama itu tidak hanya hidup di atas pentas semata-mata, tetapi turut membawa rezeki kepada insan seni lain.
“Saya berharap pementasan ini mempunyai ‘lantai’ yang luas di negeri lain atau ditayangkan di kaca televisyen. Kejayaan pementasan ini bukan usaha saya sendirian tetapi adalah hasil kerjasama umum,” katanya.
Teater muzikal Lantai T Pinkie menampilkan pelakon seperti Nasha Aziz, Zuhairi Ibrahim, Jalaluddin Hassan, Azizah Mahzan, Soong Ai Ling, Vanidah Imran, Safura Yaacob, Zaifri Husin dan Abby Abadi.
KEMBARA LANTAI T PINKIE:
HASIL perbincangan dengan beberapa pihak, impian Pak Samad untuk membawa pementasan ini mengembara ke negeri lain bakal menjadi kenyataan Ogos ini. Sempena sambutan Hari Wanita, teater muzikal itu akan menemui penonton di Perak, Pulau Pinang, Pahang serta kembali dipentaskan di Kuala Lumpur.
“Usaha ke arah itu kini serius dilakukan dan berkemungkinan semua pelakon yang terbabit dalam pementasan di Istana Budaya akan dikekalkan. Namun, semua ini bergantung kepada persetujuan masing-masing tanpa sebarang paksaan,” kata Rohayah.
Malah, katanya, mereka juga merancang untuk mengangkat karya besar yang mempunyai integriti itu ke medium baru iaitu filem.
“Perkara ini sudah lama dibincangkan dengan Pak Samad namun ia tidak semudah yang disangkakan. Kami tidak perlu terburu-buru kerana percaya ia akan menjadi kenyataan juga nanti,” katanya.
Rohayah berkata, karya besar seperti Lantai T Pinkie perlu disajikan kepada masyarakat terutama generasi muda agar mereka menyedari getir kehidupan masyarakat terdahulu.
“Usaha ini boleh dilakukan menerusi program Rakan Seni Budaya yang akan dilaksanakan di setiap lokasi persinggahan teater itu nanti,” katanya.

Tuesday, May 23, 2006

DI SINI BERAKHIR


Cinta yang berakhir dengan perkahwinan juga tidak
menjanjikan hidup yang bahagia.........

DI MANA CINTA MEREKA?






"Apa yang boleh ditangiskan
lagi, Hairi? Biarlah dia pergi

bersama kenangan luka yang
tidak pernah terpadam. Dia
akan tetap hidup dalam jiwamu
yang merah!"

CINTA PINKIE & HAIRI






"Cinta Pinkie dan Muhairi
berakhir dengan tragedi..... "

BERSAMA TENGKU MONA


TENGKU Mona (empat dari kiri) selepas menyaksikan teater
Lantai T.Pinkie, 30 April lalu.

TERIMA KASIH


PADA 7 Mei lalu berakhirlah teater Lantai T.Pinkie di Istana Budaya. Kami mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung menjayakan serta memberi sokongan kepada pementasan tersebut. Kami juga menghargai segala pandangan dan kritikan yang diberikan. Maaf juga dipohon sekiranya ada salah dan silap - PENGURUSAN TEATER LANTAI T.PINKIE.

Tuesday, May 02, 2006

AMBIL PERHATIAN

TIKET-TIKET MASIH BOLEH DIDAPATI DENGAN MEMBELI TERUS KE BOX-OFFICE ISTANA BUDAYA ATAU TELEFON 03-4026 5558.
BAGI PEMENTASAN 3 & 6 MEI TEMPAT DUDUK DI `STALLS' YANG BERHARGA RM70, RM150 DAN RM200 TELAH HABIS DIJUAL. YANG TINGGAL TIKET BERHARGA RM40 & RM30 (GRAND CIRCLE & UPPER CIRCLE)

ARTIKEL UTUSAN MALAYSIA, 2 MEI '06

PENAMPILAN sulung Nasha Aziz di pentas teater sebagai
T.Pinkie yang bercerita tentang lara hidup perempuan
joget mendapat pujian para peminat teater.


Lantai T. Pinkie Ditransformasikan Dengan Berkesan
Oleh WANDA IDRIS

PENAMPILAN sulung Nasha Aziz di pentas teater sebagai T.Pinkie yang bercerita tentang lara hidup perempuan joget mendapat pujian para peminat teater.
LANTAI T. Pinkie akan terus berada dalam kelas yang tersendiri tidak kira apa juga tunjang persembahan seni pentasnya.Terkini, lantai itu menari lagi dengan pendekatan muzikal yang lebih ringan tanpa menjejaskan keaslian naskhah asalnya.
Ketika menyaksikan prebiunya di Istana Budaya pada malam Khamis lalu, ramai mengakui bahawa transformasi Lantai T.Pinkie daripada sebuah karya sastera total ke bentuk teater muzikal itu mengesankan.
Menampilkan 50 peratus nyanyian dan tarian, setiap bait lagu teater muzikal itu dilontarkan tanpa menjejaskan maksud sebenar dialog indah penuh makna naskhah nukilan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said itu.
Namun, bukan mudah untuk merealisasikan karya besar yang mempunyai integriti tersendiri itu ke pentas muzikal. Ia diakui sendiri oleh pengarahnya, Rosminah Tahir, yang ditemui selepas pementasan itu.
Rosminah sudah mementaskan karya itu sebanyak tiga kali iaitu pada 1997 (sebanyak dua kali ekoran sambutan menggalakkan) dan sekali lagi pada 2000 bersama penerbitnya, Siti Rohayah Attan.
Biarpun sudah sebati dengan ‘T.Pinkienya’, menurut pengarah berusia 47 tahun itu, tidak mudah untuk mengangkat karya besar itu ke bentuk tarian dan nyanyian.
Tambahan pula karya asalnya yang mengambil masa selama hampir empat jam untuk dipentaskan itu perlu dipendekkan menjadi hanya dua jam pada pementasan kali ini.
“Cabarannya adalah apakah saya sanggup untuk membuang dialog-dialog indah dan penuh makna nukilan Pak Samad itu.
“Untuk bertanya kepadanya pun sudah menjadi kesukaran kepada saya kerana beliau satu nama besar dan siapalah pula saya.
“Tapi alhamdulillah... semuanya berjalan lancar dengan izin Pak Samad,” katanya sambil memberitahu dia sudah mula merancang untuk mementaskan Lantai T.Pinkie ke bentuk muzikal sejak enam tahun lalu.
Tidak kira apa jua bentuk pementasannya, lantai pentas joget itu tetap menjadi tempat kasut-kasut bercerita.
Cuma kali ini lantainya bertukar daripada pentas kecil ke pentas bertaraf dunia. Lantai T.Pinkie kali ini menyaksikan perubahan set. Dahulu ia berlatarkan bangunan papan, tetapi kini dikelilingi bangunan batu.
Didekati
A. Samad Said yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad turut menonton pada malam itu. Menurut Pak Samad, pementasan terbaru Lantai T.Pinkie itu menunjukkan sesebuah naskhah dan karya boleh didekati menerusi pelbagai cara.
“Semasa menulis dahulu, saya tidak pernah tergambar bahawa Lantai T.Pinkie boleh jadi begini. Justeru, saya berterima kasih kerana naskhah ini diberi nafas baru.
“Sekiranya ia berjaya, kejayaan itu bukanlah kerana saya sahaja kerana saya cuma menyumbangkan naskhah.
“Pengarah teater dan mereka yang terlibat dalam pementasan ini berusaha memanfaatkan naskhah ini,” katanya yang bangga kerana lagu-lagu pada persembahan itu memancarkan zaman dan ceritanya.
Kata Samad, dalam naskhah sebenar barangkali ada ungkapan yang membuatkan kita geli-geleman.
“Tapi dalam pementasan ini, ia dijinakkan dengan liriknya yang merumus dialog-dialog tertentu dan cara itu mungkin memudahkan ia lebih difahami,” ujarnya.
Beliau turut merasakan pementasan Lantai T.Pinkie kali ini memberi impak kepada beberapa babak, misalnya babak zaman konfrontasi yang direalisasikan melalui visual dan bunyi untuk membolehkan audiens memahami zaman itu.
Menyerlah
Model Nasha Aziz yang memegang watak T.Pinkie pula berbangga dengan keupayaannya merentasi masa untuk merasai gelora dan lara T. Pinkie yang diilhamkan oleh Pak Samad.
“Cabaran terbesar saya adalah untuk terus beremosi selama dua jam secara berterusan selain melontarkan bahasa tahun 1950-an yang susun bahasanya berlainan dengan zaman ini.
“Bukan itu sahaja, pada masa yang sama saya juga perlu menyanyi, menari dan berdialog,” kata Nasha yang mengakui begitu dekat dengan naskhah itu ketika ini.
Cuma sebagai penari joget bernama Tengku Seindahkuno yang digelar T.Pinkie kerana punggungnya tonggek, watak itu seakan-akan tidak bergerak pada beberapa babak awal.
Mungkin ia dilakukan untuk memberi laluan kepada watak-watak lain mendekatkan diri kepada audiens, antaranya watak Musalmah Jiing yang didukung Vanidah Imaran dan Siti Udaya (Abby Abadi).
Babak monolog Nyai Sunarti Rekno paling mengesankan. Malah sepanjang lebih dua jam pementasan itu, Nyai Sunarti yang digalas ke bahu Azizah Mahzan begitu menyerlah.
Soong Ai Ling yang memegang watak seorang gadis Cina mualaf bernama Puteh Su juga mengesankan. Begitu juga Jongkidin Jaroi yang dilakonkan oleh Jalaluddin Hassan, Muhairi Tirus (Zuhairi Ibrahim), S. Diman Lupti (Zaifri Husin) dan Safura Ya’acob walaupun dia sekadar menjadi penghias pentas dengan watak kecil penyanyi kabaret.
Sebanyak 25 buah lagu baru dan lama dipersembahkan hasil ciptaan Suhaimi Mohd. Zain atau Pak Ngah dengan lirik nukilan Rosminah. Tariannya pula direka tari oleh Anthony Meh.
Pementasan Lantai T. Pinkie diterbitkan oleh Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dan CTRA Production dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan Istana Budaya.
Ia dipentaskan selama 10 hari bermula 28 April sehingga 7 Mei ini dengan 11 pementasan termasuk satu show matinee.

Saturday, April 29, 2006

KISAH CENDERAHATI LTP

MARI DENGAR CERITA!

Teater Lantai T.Pinkie telah bermula malam tadi. Panggung penuh. Macam-macam perangai penonton. Bila Nasha Aziz muncul je, kedengaran deruan tepukan sedangkan Nasha belum buat apa-apa; hanya hayun punggung je! Betul lah kot sebahagian besarnya mahu melihat Nasha bergoyang.
Tetapi... ada penonton yang meluat sangat tengok perangai si Gunjoloh, suami `paksaan' Pinkie. Nampaknya lakonan Azhan Abd. Ghani yang juga Penolong Pengarah dalam teater ini menyerlah dan diterima penonton. Dia benar-benar menimbulkan rasa meluat di hati penonton terutamanya wanita.
Nak tahu siapa yang lebih menyerlah, marilah ke Panggung Sari. Tiket masih ada!

Monday, April 24, 2006

SI PELAUT TUA, JONGKIDIN JAROI!



JALALUDDIN HASSAN sebagai JONGKIDIN JAROI
Bakat lakonannya dikesan dalam teater dan kemudiannya diterapkan kepada lakonan TV dan seterusnya ke filem. Anak jati Selangor ini tidak pernah menoleh belakang lagi setelah berjinak-jinak dalam bidang lakonan. Walau apa pun watak-watak yang sering diberi kepada Jalaludin, beliau akan cuba menghayati dan menjiwainya dengan penuh emosi menjadikan beliau seorang pelakon yang diminati. Watak yang sering dibawanya adalah romantik. Beliau yang popular sebagai pengacara rancangan Who Wants To Be- A Millionaire”- menjadikan lakonan sebagai kerjaya tetap dan yakin untuk meneruskan kerjayaanya dalam bidang lakonan ini. Dalam kesibukan beliau mengharungi dunia filem dan drama beliau masih dapat meluangkan masa untuk mengambil bahagian dalam teater seperti Jebat in English arahan Datuk Rahim Razali, Tun Mamat dan Puteri Ledang (1996) arahan Aziz M. Osman, Mencari Juita (1998) arahan Siti Rohayah Attan dan Malam Haram (1999) arahan Rosminah Tahir, Antara (2001) arahan Dr. Zainal dan Merdeka! Merdeka! Merdeka! (2004).

His talents in acting were first discovered in theatre, which was then being assimilated into TV acting and movies. Breed and born in Selangor, he never looked backed since he started acting. Irregardless of the roles given to him, he will pack the characters with deep soul-searching apprehensions and emotions, which made him a very popular actor. Most of his roles are the romantic types. He is also the popular host for the program, ‘Who Wants to be a Millionaire’. He turned acting into his permanent career and is confident to continue his career in this field, adamant to pursue it right to the end. Despite his busy acting schedules in filming and dramas, he still find time to act in the theatre plays such as Jebat in English directed by Dato’ Rahim Razali, Tun Mamat dan Puteri Ledang directed by Aziz M. Osman (1996), Mencari Juita by Siti Rohayah Attan (1998), Malam Haram (1999) directed by Rosminah Tahir, Antara (2001) directed by Dr. Zainal and Merdeka! Merdeka! Merdeka! (2004).

MENGENALI `SI GUNJOLOH'!



AZHAN ABD. RANI - Penolong Pengarah @ Gunjoloh / Assistant Director @ Gunjoloh)
Pensyarah sambilan Program Teater, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik UITM ini mendapat pendidikan menengah di Sungai Buloh dan Kuala Kubu Bharu, Selangor. Anak Kelahiran Tanjung Karang, Selangor ini kemudiannya melanjutkan pelajaran di Institut Teknologi Seni Malaysia (ISTM), Melaka dari tahun 1996-1999, kemudian menyambung pengajian di Fakulti Seni Gunaaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS) dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda (Kepujiaan) Drama dan Teater. Beliau kini masih melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia. Antara kecemerlangan beliau dalam bidang teater ialah pernah menerima anugerah Pelakon Terbaik Peringkat Zon Tengah dan kebangsan Pertandingan Drama Sekolah-Sekolah Malaysia dalam teater Terjerat arah Mazlan Tahir (1994).mSTM) mlajaranan) Drama dan Teater. dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS) dengan mengambil I
Pernah menjadi Penolong Pengarah teater bangsawan Tengku Anum selain bertindak sebagai Pengurus Pentas bagi Pementasan Muzikal menerusi program Diploma Showcase 2004 menerusi Tinggi-tinggi Si Matahari selain memainkan watak Fakar dalam pementasan Salina di bawah arahan Mazlan Tahir pada Mac 2005. Beliau juga mengarah teater Alang Retak Seribu karya Seniman Negara, Datuk Syed Alwi pada April 2006.

This part-time lecturer for Theater Progam, Faculty of Creative & Artistic Technology of UiTM got his secondary school education in Sungai Buloh and Kuala Kubu Bahru, Selangor. This Tanjong Karang-born gentleman then furthered his studies in Istitut Teknologi Seni Malaysia (ISTM) in Melaka from 1996-1999 thereupon, he continued his studies in Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) by pursuing a degree in Bachelor of Arts (Hons) Drama and Theater. Currently, he is still in pursuit of his Masters Degree in Universiti Kebangsaan Malaysia. Among his achievements in the theatrical field was, he was the recipient of the Best Actor award in Central Zone and National Level in Malaysia Inter-School Drama Competition with the theater, Terjerat, directed by Mazlan Tahir (1994).
He was the assistant director for the theater Bangsawan Tengku Anum, he also acted as the stage manager for the staging of musical through Diploma Showcase 2004 program in the show Tinggi-tinggi Si Matahari. Besides that, he also took the role as Fakar in the staging if Salina, directed by Mazlan Tahir in May 2005. He also directed the theater Alang Retak Seribu by Datuk Syed Alwi in April 2006.

Thursday, April 20, 2006

P E M B E R I T A H U A N

SILA AMBIL PERHATIAN;
1. Tiket pementasan Malam Gala, 7 Mei yang akan dihadiri oleh YAB Perdana Menteri dijual pada harga RM50 - RM200 manakala VIP RM500-RM1,000
2. Tiket malam 28 April yang kesemuanya 1,000 tempat duduk berharga RM30 juga sudah hampir sampai `ke penghujungnya.'
3. Bagi persembahan 29 April - 70% terjual.
4. Pementasan 30 April - 60% terjual.

TIKET-TIKET BOLEH DIBELI TERUS DI ISTANA BUDAYA, JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR. DINASIHATKAN TERUS BELI DI SANA.

Tuesday, April 18, 2006

MENGENALI ZUHAIRI


ZUHAIRI IBRAHIM
sebagai Muhairi Tirus
Melibatkan diri dalam pelbagai bidang seni dengan kemampuan sebagai pemuzik pelakon pentas, televisyen dan filem, penyanyi dan penari. Memulakan kerjaya sebagai pemuzik di Panggung Negara dan Istana Budaya. Terlibat dalam banyak persembahan seni di peringkat nasional dan antarabangsa. Di pentas teater pernah muncul antaranya dalam Teater Lantai T.Pinkie (arahan Rosminah Tahir), Mencari Juita dan Dejavu (arahan Siti Rohayah Attan), Muzikal KL Oh KL (arahan Datuk Rahim Razali) dan Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang (arahan Aziz M.Osman). Selain itu beliau juga berlakon Drama TV seperti Limau Nipis Limau Mandrian, Surat Terakhir, Puteri Al-Bino, Anak Penarik Beca, Hujan Di Hati Kamariah dan Buah Hati Umi.
His is associated with the field of arts in multi forms due to his ability as an actor cum musician in the stage, television and film, singer and dancer. His began his career journey as a musician in Panggung Negara and Istana Budaya, involving in many forms of performance arts both in the country and internationally. In the stage of theatre, he appeared in Lantai T. Pinkie (under the directorship of Rosminah Tahir), Mencari Juita and Dejavu (directed by Siti Rohayah Attan), Muzikal KL Oh KL (directed by Datuk Rahim Razili), Tun Mamat and Puteri Gunung Ledang (directed by Aziz M. Osman). Besides that, he also acted in TV drama such as Limau Nipis Limau Mandarin, Surat Terakhir, Puteri Al-Bino, Anak Penarik Beca, Hujan di Hati Kamariah and Buah Hati Umi.

BERITA HARIAN, 18 APRIL '06


Pementasan Lantai T Pinkie Kenang Jasa Endon
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
TEATER muzikal Lantai T Pinkie yang akan dipentaskan bermula 28 April sehingga 7 Mei ini adalah karya besar tulisan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang diterbitkan dalam bentuk buku oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Lantai T Pinkie pernah dipentaskan di Kuala Lumpur dan Singapura. Di Singapura ia dipentaskan oleh Kumpulan Teater Kami Singapura pada 1996. Manakala pada 1997 karya itu sekali lagi dipentaskan di Auditorium Utama Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia (Matic) membariskan Tiara Jacquelina, Erma Fatima, Hani Mohsin dan ramai lagi. Kemudian ia sekali lagi dipentaskan pada 2000 dengan pelakon berbeza iaitu Juhara Ayob, Shahriza Mahmud, Vanidah Imran, Jasmin Hamid dan ramai lagi.
Karya itu terus menjadi sebutan, idola dan apa saja yang menarik mengenai dunia teater dan kehidupan silam. Malah sering kali juga menjadi perbincangan, forum dan wawancara.Majlis pelancaran Lantai T Pinkie versi 2006 dirasmikan Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri pemilik karya Datuk A Samad Said, baru-baru ini. Matlamat utama pementasan ini adalah sebagai penghormatan atas sumbangan Allahyarham Datin Paduka Seri Endon Mahmood yang menjadi Penaung Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) sejak ditubuhkan pada 1999.
Pementasan semula teater ini dalam bentuk muzikal juga sebagai simbolik tanda terima kasih atas kerja yang dilakukan sasterawan negara itu demi mempertingkatkan lagi martabat teater Melayu di negara ini.
Pengarahnya, Rosminah Mohd Tahir, berkata mengarahkan teater yang sama tidak ketinggalan memberi cabaran buat dirinya, apatah lagi beliau sendiri turut bertanggungjawab mengolah skrip untuk karya itu.
“Bukan mudah sebenarnya untuk mengolah skrip. Lagipun pementasan ini sudah dilakukan tiga kali dan ia dalam bentuk muzikal, justeru saya lakukan beberapa perubahan seperti pindahkan dialog menjadi muzik serta bagaimana untuk menjadikan dialog itu berlagu. Selain itu juga saya perlu melihat mengikut kesesuaian suasana dan gerakan.
“Lagu yang akan didendangkan pada pementasan ini akan menggunakan lagu sedia ada dan ada juga beberapa lagu baru. Sebanyak 20 lagu akan dipersembahkan oleh pelakon yang kebanyakannya menggunakan suara mereka sendiri. Tapi ada juga yang kita gunakan suara penyanyi lain sekiranya pelakon tidak mampu membawanya.
“Memandangkan bajet kecil, kita hanya rakam suara mereka. Kalau ada orkestra untuk persembahan muzik ‘live’, ia akan menambahkan lagi keistimewaan pementasan ini,” katanya.
Teater arahan Rosminah sebelumnya yang mendapat sambutan cukup menggalakkan ialah Puteri Hang Lipo yang mencatat jualan tiket box office. Lantai T Pinkie pernah dipentaskan sebelum ini juga mendapat perhatian. Namun, Rosminah tidak mahu meletakkan sebarang harapan tetapi memuji sikap pelakonnya yang begitu komited.
Lantai T Pinkie mengisahkan hidup lara perempuan penari joget di Singapura zaman 50 an, selepas Perang Dunia Kedua. Kehidupan mereka penuh lara dengan melayani lelaki yang berkunjung ke kelab. T Pinkie atau nama sebenarnya Tengku Seindahkuno adalah antara perempuan paling cantik dan terkenal di kelab Bunga Joget Moden, menjadi buruan lelaki termasuklah pemain arkodian, Muhairi Tirus.T Pinkie, Nyai Sunarti, Siti Udaya, Musalmah Jiing, Puteh Su Abdullah, Jongkidin Jaroi, Muhairi dan S Diman adalah watak yang mewakili zaman itu.
Mereka bercakap mengenai cinta, kasih saya dan kehidupan tetapi tiada apa yang dapat dilakukan di zaman penuh linangan air mata dan derita.Teater ini menampilkan Nasha Aziz, Zuhairi Ibrahim, Azizah Mahzan, Jalaluddin Hassan, Soong Ai Ling, Zifri Husin, Abby Abadi, Safura Yaacob dan ramai lagi. Ia akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.
(PEMENTASAN INI DITERBITKAN OLEH PERSATUAN PENULIS WANITA MALAYSIA & CTRA PRODUCTION)

TEMPAHAN, BELI @ APA-APA AJE!

OLEH KERANA PERMINTAAN YANG LUAR BIASA SUKA DIINGATKAN TIKET-TIKET PEMENTASAN TEATER LANTAI T.PINKIE BOLEH DIBELI, DITEMPAH ATAU APA-APA AJE URUSAN SILA DAIL BOX-OFFICE ISTANA BUDAYA DI TALIAN 03-40265558.

JUGA JANGAN LUPA 6 MEI ADA PEMENTASAN TAMBAHAN PUKUL 3 PETANG DAN 8.30 MALAM!

Monday, April 17, 2006

SITI UDAYA & MUSALMAH

Saturday, April 15, 2006

GUNJOLOH &T.PINKIE

T.PINKIE!

Wednesday, April 12, 2006

PELANCARAN T.PINKIE

DIMAKLUMKAN SATU MAJLIS PELANCARAN TEATER MUZIKAL LANTAI T.PINKIE AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT;
TARIKH : 13 APRIL '06
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : SALOMA BISTRO, JALAN AMPANG, KUALA LUMPUR
VIP : YB DATO' AHMAD ZAHID HAMIDI
TIMBALAN MENTERI PENERANGAN MALAYSIA

BERITA HANGAT!

Berita baik ini dikhabarkan kepada semua peminat teater Muzikal Lantai T.Pinkie;
Semua tempat duduk (1,000 tempat) bagi pementasan teater Lantai T.Pinkie pada 28 April '06, 8.30 malam, di Istana Budaya adalah berharga RM30. Siapa yang beli dulu akan dapat tempat yang selesa seperti berharga RM200. Cepat!

MENGENALI ANTHONY - KOREOGRAFER LTP


ANTHONY MEH KIM CHUAN
(Koreografer)
Antony Menerima biasiswa untuk menuntut di Akademi Kesenian Hong Kong (1992). Selepas tamat pengajiannya beliau Menyertai Syarikat Teater Cloud Dance di Tiwan, syarikat Tarian Nai-N dan Syarikat Tarian GGD di New York dan menjelajah ke 19 negara sebagai penari profesional. Sekembalinya ke Malaysia , beliau berusaha untuk mengabungkan Warisan budaya tempatan dengan tarian kontemporari Cina. Beliau berhasrat untuk melahirkan satu gaya tarian yang dapat mewakilii seni tari Malaysia di peringkat antarabangsa.
Pada tahun 2003 Antony dan Aman Yap menaikan taraf syarikat teater mereka Dua Sapce Dance (ditubuhkan pada tahun 1996) menjadikannya sebuah syarikat senitari professional. Hasil kerja beliau sebagai koreografer disaksikan di beberapa persembahan di negeri China, Korea, Jepun, Hong Kong, Taiwan dan Singapura. Anugerah yang telah diterima beliau ialah Anugerah Koreografer Muda Cemerlang Asia-Pacific(2002) dan Anugerah Seniman Muda Tersohor dalam persembahan Senipentas Kebudayaan (2003). Baru-baru ini sebuah produksi antonym dgn kerja sama Aman Yap memenangi anugerah Persembahan terbaik oleh tarian berkempulan Di Anugerah Kesenian Cameronian BOH Yang ke-2. Anthony adalah pengarah Urusan Dua Space Dance Theater.

PAK NGAH DAN KAK ROS




INI kisah dua insan yang paling popular dalam dunia teater. Pak Ngah (Suhaimi Mohd. Zin) adalah Pengarah Muzik manakala Rosminah Tahir adalah Pengarah bagi pementasan teater Muzikal Lantai T.Pinkie yang akan dipentaskan di Istana Budaya dari 28 April hingga 7 Mei ini.

KUMPULAN SAMSENG

ARTIS ISTANA BUDAYA

PENARI DUA SPACE THEATRE

PEREMPUAN-PEREMPUAN LANTAI T.PINKIE

PEREMPUAN-PEREMPUAN LANTAI T.PINKIE

BIODATA PENGARAH


ROSMINAH MOHD. TAHIR
(Pengolah Skrip & Pengarah)

Sejak kecil Rosminah gemar mendengar radio. Saban hari rancangan Bangsawan di Udara, Drama dalam Syair, Sandiwara dan Pentas Radio terbitan radio Televisen Singapaura (RTS) menjadi haluan telinganya. Secara tidak sengaja, kegemaran itu menumbuhkan minat remajanya untuk menulis dan menjadi dramatis. Karya pertamanya berjudul “Nenek” tersiar di RST. Ganjaran yang diterima walau pun kecil bergitu menyoronokan hingga mendorongnya untuk terus menulis tidak mengira genre disamping bergiat cergas dalam seni persembahan melalui aktiviti sekolah dan persatuan di daerah kelahiranya Muar, Johor.
Hingga tamat pengajian sarjana diUSM dalam bidang teater, beliau telah menulis drama pentas dan radio selain cerpen, puisi dan artikel. Antara karya pentasnya ialah Dadah (1983), Pahlawan (1987), Nostalgia(1990) Merdeka(1990) Sang Singa (1990) dan Api (1991) Drama radio siaran RTM RTS dan Radio Malaysia Pulau Pinang (1970-1992) adalah Adik Ku Sayang, Nenek, Penyambung kasih, Kabut pun berlalu, Laungan Keramat, Terima kasih Cikgu, Nasi Lemak Sebungkus, Di Alun Gelombang, Dusun Tok Ayah dan Saat Terakhir. Diikuti drama Pentas Satu (1993), Gadis Melayu (1994), Seru dan Syukur(1998), Tanjong JOget(1999) dan Masuri(2000). Manakala skrip monodrama yang dihasilkan ialah Alim (2003) dan Kopi Pangku (2005).
Allahyarham Datin Seri Endon Mahmud, Penaung PPPWM adalah insan yang banyak mendorong dan memberi motivasi secara langsung dan tidak langsung kepada beliau untuk berkarya. Hubungan beliau dengan Datin Seri amat akrab melalui kegiatan seni terutama teater dan puisi. Puisi ciptaan beliau ‘Kota Kasih Mahkota Hati” merupakan puisi yang membawa Datin Endon Mahmud buat pertama kalinya mendeklamasikaan puisi kepada khalayak. Puisinya “Hakikat Damai” menjadi puisi terakhir yang sempat disampaikan oleh Datin Seri.
Melalui Group seni Utusan dan Persatuan penulis Wanita Malaysia, Teater Anugerah (1996) menjadi titik tolak beliau menulis drama pentas secara lebih kormesial dan mencipta sejarah apabila ia tertulis berdasarkan novel tertebal di Malaysia karya penulis terkenal Zaharah Nawawi. Menyusul kemudian pementasan Lantai T.Pinkie (1997) karya Dato A.Samad Said sebagai teater pertama bertiket paling mahal ketika itu dan auditorium dipenuhi penonton setiap kali show. Kedua-dua pementasan ini kemudianya diulang pentas pada tahun 2000, 2001 dan 2002.
Beliau juga mengarah dan menulis semula skrip Malam Haram, ilham Dato’ Zainuddin Maidin karya Ku Seman Ku Husein dan bangsawan Tengku Anum karya asal Morad Ibrahim. Manakala Teater Puteri Hang Lipo arahan beliau di Istana Budaya telah menjadi box-office dengan berjaya menggamit penonton berbilang kaum dan dipentaskan diberapa buah negeri di Malaysia. Teater ini mencatat sejarah apabila seramai 3,000 orang pelbagai kaum membanjiri Stadium Tertutup Sarawak di setiap malam persembahan.
Lain-lain teater arahan beliau iala Cucu(1995), A modern Women(1996 di bawa ke Festival Teater Eksperimental di Cairo) Cik Ros(1999) Raden Galoh (2000) Medea(2000) Monodrama Alim(2003) dan Kopi Pangku(2005). Beliau kini merupakan Ketua Jabatan Teater Akademi Seni Kebangsaan (ASK) dan Naib Presiden PPWM.


PAK SAMAD & PINKIE


INI dia... gandingan dua dunia yang berbeza pada asalnya. Nasha Aziz lahir dalam dunia peragaan, drama tv dan filem kini jatuh cinta untuk julung kalinya dengan karya Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said. Kali ini `cinta' menyatukan mereka di pentas Istana Budaya untuk merealitikan Muzikal Lantai T.Pinkie.

Monday, April 10, 2006

PELANCARAN LANTAI T.PINKIE

PELANCARAN LANTAI T.PINKIE OLEH TIMBALAN MENTERI PENERANGAN DATO' AHMAD ZAHID HAMIDI, 13 APRIL 2006, 2 PETANG, SALOMA BISTRO, JALAN AMPANG, KUALA LUMPUR.

Jangan lupa saksikan fregmen muzikal Lantai T.Pinkie dengan lagu yang menusuk kalbut... Teduh Lindungan dan T.Pinkie!

PINKIE DI TIMES SQUARE


HAYUN.... kerabat Lantai T.Pinkie ketika mengadakan promosi
di Berjaya TTimes Square pada 25 Mac 2005

PENGARAH & KOREOGRAFER


SERIUS...perbincangan koreografer Anthony Meh
dengan Pengarah, Rosminah Tahir semasa sesi latihan
di Akademi Seni Kebangsaan.

AZIZAH MAHZAN


AZIZAH MAHZAN
(Nyai Sunarti Renko)

Menerima pendidikan asas di UiTM dalam bidang perakaunan. Beliau tidak terfikir untuk menjadikan dunia lakonan sebagai karier utamanya. Keinginan untuk mendalami dan mempelajari teknik lakonan pentas dan TV membawanya untuk terlibat dengan tokoh-tokoh teater seperti Allahyarham Mustapha Nor dan FatimahAbu Bakar.Antara teater yang beliau telah terlibat sebagai pelakon ialah Kipas Tangan (karya Yukio Mishima), Puteri Si Bereng-Bereng dan Kena Main (arahan Khalid Salleh), Mencari Salina (arahan Erma Fatima) dan Cindai (arahan Rohani Yusof). Beliau menjadi pengacara rancangan Nona (1991) di TV3 selama tiga tahun. Beliau mula melangkah menjadi pelakon dalam drama TV pada 1997 dan nekad untuk menjadikan lakonan sebagai karier utamanya. Lakonanya dalam TV ‘Kaki Bakar’ (yang ditolak oleh semua stesen TV tempatan), menjadi lakonan pertamanya di layar perak secara kebetulan, apabila drama itu diterima untuk tayangan di Festival Filem Antarabangs Cannes. Beliau juga adalah penerima Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Seri Angkasa 2005.

MUHAIRI TIRUS & TENGKU PINKIE





TERNYATA dua pelakon ini, Zuhairi Ibrahim dan Nasha Aziz semakin teruja dengan tarikh yang semakin mendekat. Muzikal Lantai T.Pinkie! 28 April - 7 Mei 2006 di Istana Budaya.

Monday, March 20, 2006

DARI MEGA2-UTUSAN- 20 MAC 2006


Lantai T.Pinkie paparkan pengalaman bangsa Melayu
A.SAMAD SAID.
KARYA besar Lantai T.Pinkie adalah sebuah nostalgia yang menyorot kisah lara dan cita-cita bangsa Melayu selepas perang hasil nukilan penulis tersohor Datuk A. Samad Said. Lebih dikenali sebagai Pak Samad di kalangan orang sastera, sumbangannya kepada bangsa tertumpah dalam dunia penulisan sejak lebih 40 tahun lalu.
Kehebatan A. Samad telah menghasilkan Lantai T.Pinkie yang merupakan sebuah naskhah pentas yang terus menjadi sebutan tentang kehidupan masa silam yang resah. Lantai T.Pinkie seringkali dijadikan perbincangan pada forum dan wacana dan menjadi panduan perbicaraan intelektual tentang kehidupan zaman 1950-an di Malaysia dan Singapura.
Kepada MEGA, A. Samad Said, 71, membongkar misteri yang tersembunyi di sebalik naskhah teater hebat itu yang tidak lapuk dek peredaran zaman dan menjadi rujukan sejarah bangsa Melayu. A. Samad diinterviu oleh wartawan Mohammad Arif Nizam Abdullah.
Bolehkah Datuk ceritakan latar belakang naskhah Lantai T.Pinkie?
A. Samad SAID: Lantai T.Pinkie merupakan skrip asal untuk drama pentas yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1996. Sebenarnya saya telah dihubungi oleh rakan dari Singapura, Roslan Badron dari Kumpulan Teater Kami Singapura yang meminta bantuan menulis skrip untuk satu persembahan teater sempena Pesta Seni Singapura 1996 di Singapura. Pada mulanya mereka inginkan drama berkisah tentang kehidupan di Singapura. Tetapi saya beritahu mereka saya hanya mengetahui kisah sebelum tahun 1957, bukannya selepas itu. Dan jika beliau bersetuju, skrip drama itu saya akan kaitkan dengan kisah yang berlaku di Malaysia seperti di Sarawak.
Berapa lamakah Datuk menulis naskhah itu?
Saya mula menulis pada akhir tahun 1995 dan mengambil masa selama hampir tujuh bulan untuk menyiapkannya. Sebenarnya, menulis skrip drama bukan boleh terus menulis. Yang penting, saya kena tahu tentang dunia pentas joget. Dunia itu sudah biasa pada saya pada zaman kanak-kanak dan bujang. Ada pentas joget di New World, Singapura yang saya tahu hingga tahun 1956. Saya membesar di Singapura sejak tahun 1935.
Bagaimanakah Datuk mendapat idea menulis?
Idea menulis sudah ada sebab saya pernah berpengalaman bergaul dalam kehidupan yang berlegar di Singapura itu. Jadi ia agak mudah. Cuma soalnya bagaimana hendak memetik kenangan lama dan cuba memilih cebisan kenangan itu untuk dicantumkan menjadi sebuah drama. Wataknya ialah orang yang pernah saya temui tetapi tidak semesti orang yang dipentaskan adalah orang yang sama.
Apakah kekuatan Lantai T.Pinkie sehingga menjadi sebutan?
Saya tidak tahu kekuatannya di mana. Apa yang saya ingin beritahu Lantai T.Pinkie adalah berdasarkan pengalaman bangsa yang tidak pernah ditulis orang. Ia berkaitan dengan dunia perjuangan dan hiburan. Ia menjadi menarik mungkin kerana ia mengisahkan insan-insan yang tersangkut dalam dunia yang pilu ketika perang Jepun dan konfrontasi Malaysia dan Indonesia.
Bagaimana watak-watak dalam Lantai T.Pinkie dikembangkan?
Watak-watak itu terjerat dalam perjuangan. Angkatan muda mungkin tidak tahu tentang hal ini dan mungkin terpikat untuk mengetahui. Biasanya orang yang terjerat cepat berasa matang dan dewasa. Dalam perhubungan dialog, muncul fikiran yang penuh adunan hemah dan inti pelajaran antara watak untuk dijadikan sebagai hikmah dan pengajaran.
Kenapakah khalayak dapat menerima Lantai T.Pinkie?
Ia mungkin ada kekuatan dari segi dialog yang cantik dan berhemah secara sengaja atau tidak sengaja. Mungkin penonton lebih tertarik dan lebih memahami kalau membaca bukunya. Kata asli dialognya menjadi pembimbing. Walaupun sudah dipentaskan beberapa kali dengan permasalahan yang berat namun suasana teaternya menghiburkan kerana melibatkan pentas joget dan lagu.

Dari Mega - Utusan - 20 Mac 2006


Lantai T. Pinkie A. Samad Said di Istana Budaya
Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH
NASHA AZIZ akan membawakan watak perempuan joget yang didera suami dalam Lantai T.Pinkie yang akan dipentaskan di Istana Budaya selama 10 hari mulai 28 April ini.
SESI fotografi muka depan Mega kali ini memang unik dan nampak klasik kerana gandingan Nasha Aziz dan Datuk A. Samad Said belum pernah disatukan sebelum ini. Namun ekoran naskhah teater Sasterawan Negara itu yang berjudul Lantai T. Pinkie, kesempatan untuk mereka bergambar berdua datang pada petang Rabu lalu.
Simboliknya, watak T. Pinkie dalam naskhah itu menjadi milik Nasha selepas ia bertukar teraju sebanyak empat kali sebelum ini. Teater muzikal Lantai T. Pinkie akan dipentaskan di Istana Budaya bermula pada 28 April ini selama 10 hari.
Nasha yang mesra memanggil A. Samad Said sebagai ‘Bapak’ pada petang itu jelas teruja ketika bertemu penulis skrip teater Lantai T.Pinkie.
Kata Nasha, peluang bertemu secara dekat dengan A. Samad ibarat satu keajaiban. Dalam ribuan pencinta seni sastera tanah air yang mengagumi A. Samad, dia merasakan dirinya paling bertuah.
Sinonim dengan gaya dan keletah manja, raut wajah Nasha pada sesi fotografi petang itu memang berseri dan ceria. Kata Nasha: “Sebelum ini kalau jumpa bapak pada majlis-majlis, saya tengok dia dari jauh sahaja. Yang terbaru saya jumpa bapak ketika sidang akhbar teater Lantai T.Pinkie. Secara jujur, saya hanya tahu serba sedikit tentang lelaki bernama A. Samad Said.
“Bagaimanapun, saya memang bangga dengan semangat kreatif bapak. Beliau seorang yang kuat pemikiran dan sentiasa mencari ilmu di merata dunia.
“Bagi saya ini bukan fotografi biasa. Ia sangat eksklusif. Saya sedar ramai yang meminati bapak. Saya juga selalu tertunggu-tunggu apabila bapak bercakap kerana selain pengisian yang baik, bahasa yang dituturnya sangat cantik. Keindahan susunan ayat bapak adalah seperti pelangi walaupun maksudnya tentang keperitan dan kesengsaraan,” jelas Nasha panjang lebar.
Nasha turut bergurau tentang A. Samad. “Saya pasti ada yang mencemburui kami,” kata Nasha sambil ketawa nakal.
Menginjak ke bulan ketiga tahun 2006, kata Nasha, inilah pembaharuan pertama dalam kariernya. Gadis tinggi lampai itu mengidam sesuatu yang baru dan segar dalam hidup yang dia percaya akan diberikan Lantai T.Pinkie.
“Selepas 10 tahun terbabit dalam bidang modelling, saya beralih karier menjadi seorang aktres. Dan hari ini, saya sudah bersedia beraksi di pentas teater.
“Lantai T. Pinkie ialah teater pertama saya. Saya yang mencabar diri sendiri untuk watak ini,” kata Nasha dalam nada yakin dan bersemangat.
Bergelar aktres terbaik dan pelakon wanita popular, Nasha mempunyai hujah bernas mengapa bidang teater menjadi pilihan hatinya.
Teater melibatkan masa persediaan yang panjang selain penggunaan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri seseorang pelakon.
Peragawati terkenal itu berkata, segala-galanya bersatu melalui naluri, emosi dan fizikal yang menguji kecekalan diri seorang pelakon teater.
“Berlakon teater berbeza dengan drama dan filem. Kalau dalam drama dan filem, pelakon boleh berlatih sendiri di rumah.
“Tetapi ketika berlakon teater saya perlu berlatih dalam satu pasukan. Ini membuatkan pelakon menjadi lebih kreatif selain dapat berkongsi idea bersama.
“Kepuasannya sama tetapi cabaran yang dihadapi sangat berbeza,” kata Nasha yang sedang giat berlatih melontarkan vokal dalam dialog sebelum memasuki fasa latihan seterusnya iaitu memahami teknik lagu dan tarian.
Menurut Nasha, dia perlu mengasah potensi yang ada dalam dirinya.
Mengakui dirinya bukan manusia yang sempurna, Nasha memberitahu, dia yakin akan memiliki semangat luar biasa apabila beraksi di atas pentas kelak.
“Saya sedar tanggungjawab yang dipikul ini adalah besar. Watak T.Pinkie mesti asli dan bukan ditiru. Saya harus berlatih dalam satu pasukan yang memahami skrip Lantai T.Pinkie.
“Bapak pun inginkan watak yang asli dan tiada sebarang tambahan. Saya mesti mengikut apa yang terdapat dalam skrip. Saya tidak sanggup menceroboh atau merosakkan karya besar Datuk A. Samad Said,” terang Nasha yang memulakan latihan pesat teater itu sejak 13 Mac lalu.
Sebagai seorang aktres, kata Nasha, senario sering dibanding-bandingkan bukanlah satu masalah baginya kerana dia harus berfikiran positif dengan apa kurniaan yang diberikan oleh Allah s.w.t..
“Anugerah yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepada manusia adalah tidak sama dan sangat istimewa.
“Keserasian seseorang pun berbeza. Oleh itu, jangan berfikiran negatif dan suka membuat perbandingan antara saya dengan Tiara dan Juhara,” tambah Nasha yang semakin bijak berkata-kata.
Nasha sendiri pernah menonton Lantai T.Pinkie yang dilakonkan oleh Juhara ketika ia dipentaskan pada tahun 2000.
Dalam sejarah pementasan Lantai T.Pinkie, Tiara dan Juhara merupakan peneraju watak T.Pinkie sebelum ini yang berjaya membawakan watak perempuan joget itu dengan cemerlang.
Ditanya apakah kekuatan Lantai T.Pinkie hasil lakonannya berbanding Tiara dan Juhara, Nasha optimis tentang kejayaan yang bakal diraihnya.
“Lantai T.Pinkie kali ini memang berbeza kerana ia dipentaskan dalam bentuk muzikal dengan dialog pelakonnya disampaikan dalam bentuk nyanyian.
“Saya yakin Lantai T.Pinkie tetap diserbu penonton kerana sejarah membuktikan ia sentiasa mendapat sambutan ketika dipentaskan.
“Lantai T.Pinkie berdiri megah kerana kehebatan naskhahnya,” kata Nasha.
Kehebatan naskhah Lantai T.Pinkie sudah lama mengangkat darjat tinggi penulis tersohor A. Samad Said di persada sastera tanah air. Tentunya A. Samad merupakan orang yang paling tepat bila bercakap tentang watak T.Pinkie itu.
Berbual secara santai, A. Samad berkongsi pendapat mengenai pemilihan Nasha Aziz sebagai T.Pinkie barunya.
Menurut A. Samad, Nasha ialah seorang pelakon yang sudah teruji wataknya sebelum ini. Wajah dan figura Nasha amat sesuai dengan watak T. Pinkie itu.
“T. Pinkie mempunyai ciri seperti Nasha Aziz yang memiliki bentuk badan mengghairahkan sebagai seorang penari joget.
“Nasha sendiri barangkali sudah lama mengidam memegang watak itu dan saya percaya dia boleh melakukannya,’’ kata A. Samad.
Harapan A. Samad pada teater Lantai T. Pinkie bukan sekadar hiburan semata-mata.
Beliau mahu penonton mengambil teladan tentang dunia yang dilalui oleh watak-watak dalam teater itu yang memaparkan kesan sebuah masyarakat yang terhukum akibat peperangan.
“Ini yang saya cuba sampaikan kepada orang muda yang hanya sekadar membaca tentang peperangan melalui berita tetapi tidak tahu kebanyakan mangsanya adalah kaum wanita.
“Wanita-wanita itu mahu hidup untuk menyara anak-anaknya kerana kebiasaannya kaum lelaki mati ketika berperang. Oleh itu apa sahaja yang mudah akan dicapai untuk bekerja seperti menjadi penari kelab malam,” terang A. Samad.
Ditanya sama ada beliau akan datang menonton Lantai T.Pinkie bulan depan, ringkas jawapannya: “Bapak terpaksa datang menonton kerana telah dijemput. Bapak bukan sahaja meminati teater malah juga meminati filem dan drama.”
Siapa T.Pinkie?
T. PINKIE atau nama sebenarnya Tengku Seindahkuno ialah perempuan yang paling cantik dan terkenal di Bunga Joget Moden serta menjadi buruan ramai lelaki. T.Pinkie hidup duka sebagai perempuan joget di Singapura pada zaman 1950-an selepas Perang Dunia Kedua. Kehidupan T.Pinkie dan rakannya seperti Nyai Sunarti, Siti Udaya, Musalmah Jiing dan Puteh Sue Abdullah penuh lara. Mereka terpaksa melayani lelaki yang berkunjung ke kelab itu. Jongkidin Jaroi, Muhairi Tirus dan S. Diman adalah watak-watak yang mewakili zaman itu. Mereka bercakap tentang cinta, kasih sayang dan kehidupan tetapi tiada apa yang dapat dilakukan pada zaman yang penuh dengan linangan air mata dan derita. Mereka mempunyai sejarah kehidupan sendiri. Bukan sedikit derita menyelimuti mereka. Namun mereka juga perlu hidup seperti orang lain. Muhairi dan T.Pinkie masing-masing memiliki perasaan cinta yang mendalam tetapi tidak dilahirkan secara terus terang sehinggalah T.Pinkie didera oleh suaminya, Gunjoloh. Muhairi dan T.Pinkie ‘lari’ daripada kehidupan itu hingga ke Sarawak. Malangnya, kehidupan bahagia mereka sebagai suami isteri tidak kekal lama kerana selepas itu konfrontasi yang melanda antara Malaysia dan negara jiran meninggalkan catatan paling hitam dalam hidup Muhairi. Sekalipun akhirnya keseorangan, Muhairi tetap hidup bersama cinta dan kenangannya bersama T.Pinkie. Dia juga kembali mengenang T.Pinkie, kejahatan Gunjoloh, tawa dan tangis rakan-rakan apabila menyanyikan lagu Johor Sport Club. Bak kata T. Pinkie: “Lantai ini tempat kasut-kasut bercerita....”
Sejarah pementasan Lantai T. Pinkie
*Pertama kali dipentaskan oleh Kumpulan Teater Kami Singapura pada Jun 1996 sempena Pesta Seni Singapura 1996 di Singapura.
* Pertama kali dipentaskan oleh Kumpulan Utusan di Malaysia pada bulan Mac 1997.
* Sambutan yang di luar dugaan menyebabkan Lantai T.Pinkie diulang sekali lagi pada Mei 1997 di bawah arahan Rosminah Mohd. Tahir. Watak T. Pinkie ketika itu dipegang oleh ratu pentas teater, Tiara Jacquelina.
* Lantai T.Pinkie dipentaskan buat kali keempat pada Ogos 2000 juga di bawah arahan Rosminah Mohd. Tahir manakala watak T.Pinkie dibawa oleh Juhara Ayob.
* Selepas tujuh tahun menyepi, kini Lantai T.Pinkie kembali lagi bersama Nasha Aziz (T. Pinkie), Azizah Mahzan (Nyai Sunarti), Soong Ai Ling (Puteh Su Abdullah), Safura Yaacob (Siti Udaya) dan Vanidah Imran (Musalmah Jiing) di bawah arahan Rosminah Mohd. Tahir.
* Lantai T.Pinkie akan dipersembahkan dalam bentuk teater muzikal yang menggabungkan nyanyian, lakonan dan seni tari joget.

Thursday, March 16, 2006

SIDANG MEDIA 1

PENGANJUR Teater Muzikal Lantai T.Pinkie akan mengadakan sidang media Memperkenalkan Tenaga Produksi Muzikal Lantai T.Pinkie, pukul 3.00 petang, 17 Mac 2006 di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Semua pelakon dan penulis skrip Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said akan hadir.

Monday, March 06, 2006

POSTER TERBARU LTP